Sunday, October 16, 2011

Pameran Seni Visual 3DSLR

Pameran seni visual adalah salah satu tugasan yang perlu di laksanakan oleh  pelatih guru IPG kampus Keningau yang mengambil jurusan PSV. Oleh itu, Pihak pentadbiran tidak menunggu lama untuk meluluskan kertas kerja yang telah kami buat. Walaupun ini adalah kali pertama dilakukan di luar lingkungan IPG kampus Keningau atau lebih dikenali di kalangan kampung-kampung sebagai Maktab Keningau pameran ini boleh lah dikira sebagai berjaya. Pameran ini yang sebenarnya lebih kepada pameran penilaian kepada Opsyen Psv iaitu opsyen saya sendiri, mendapat liputan yang agak meluas di seluruh Keningau. Ini merupakan inisiatif pelatih guru sendiri yang berusaha untuk memperkenalkan Pameran ini kepada media.

Pameran pada kali ini bertemakan 3DSLR atau futuristik, memang agak ganjil kedengaran, tetapi tema tersebut merupakan ilham daripada Pensyarah di Jabatan Seni Visual sendiri. Tema tersebut kemudiannya menjadi bualan di kalangan pengiat seni. Maksud tema tersebut pula ialah, hasil gabungan perkataan 3D dan SLR, 3D ialah seni 3 demensi manakala SLR pula ialah sejenis kamera yang digunakkan oleh seorang photographer professional. Sesuai dengan tema, pameran kali ini mempamerkan seni arca dan hasil fotografi oleh pelatih guru Opsyen Psv khususnya. Disamping itu juga, karya catan yang telah dihasilkan ketika semester 2 turut dipamerkan bersama-sama dengan karya catan oleh PGSR.

Pameran tersebut telah berlangsung selama satu minggu iaitu bermula daripada 13-19 oktober 2011. Pada hari pertama iaitu 13 oktober aktiviti yang dilangsungkan ialah lebih kepada kanak-kanak sekolah rendah iaitu pertandingan mewarna dan capan. Pertandingan mewarna tersebut telah disertai oleh 10 buah sekolah dan dibahagikan kepada 2 iaitu tahap 1 dan tahap 2. Pertandingan mewarna tahap satu jelas didominasi oleh sekolah daripada Sekolah kebangsaan Kg Keningau. Berbeza pula bagi pertandingan tahap 2 yang seakan-akan hanya satu sekolah yang bertanding, Hal ini kerana tempat pertama sehingga ketiga dimenangi oleh sekolah daripada Sjkc Yuk Yin. Bagi pertandingan capan pula, persaingan agak sama rata, hal ini mungkin disebabkan murid kurang didedahkan dengan seni capan.

Pada hari kedua pula, aktiviti yang dilangsungkan ialah lebih kepada pendedahan tentang seni digital kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah telah diperkenalkan dengan seni digital dengan menggunakan Corel Painter dangan tablet. Memang terpancar jelas di raut wajah semua murid akan kegembiraan apabila diajar melukis mengunakan tablet. Pada mulanya, semua murid malu-malu dan takut untuk menggunakan tablet tetapi setelah diajar oleh pelatih guru IPG Keningau, semua murid akhirnya selesa dengan penggunaan tablet. Selain itu, murid sekolah rendah tersebut turut diajar membuat arca origami.
Bagi murid sekolah menengah pula, mereka telah didedahkan dengan perisian Photoshop dan teknik melukis mata dengan betul. Jelas sekali yang tidak semua murid tersebut mengenali perisian photoshop. Namun demikian ada juga segelintir yang mengenali perisian ini. Pendendahan ini bukan sahaja dilakukan kepada murid tetapi juga kepada guru, memang tidak dinafikan masih ramai guru di sekolah yang tidak mengetahui perisian tersebut, hal in dibuktikan sendiri dengan pengakuan seorang guru yang telah saya ajukan persoalan ini. Setelah, selesai semua bangkel ini, semua murid dan guru telah memperolehi manfaat yang sangat banyak, dan kami sangat terharu apabila mereka mengatakan mereka ingin sangat mempelajari perisian ini.

Acara kemuncak pula ialah, perasmian oleh pengarah IPG Kampus Keningau iaitu Puan Rujinah Miki. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua AJK pelaksana kerana berjaya melaksanakan pameran tersebut.

Kami sendiri daripada PPISMP PSV SEM 3 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan tidak juga lupa kepada pengunjung.

BERIKUT MERUPAKAN KARYA-KARYA YANG DIPAMERKAN:


Salah satu arca yang dipamerkan
"Bas Sekolahku" merupakan karya fotografi
Keratan akhbar yang memaparkan tentang pameran 3DSLR


5 comments:

  1. waw..masuk news paper pula kan...tahniah ya~~

    ReplyDelete
  2. pacik standelee(la sngat).. bila mo update blog ni... hahahahahaahaaaaa
    neway.. tahniah dgn pameran ni..hehe...

    ReplyDelete
  3. Aidiel--->> sorry.. busy bah skrg,..nti2 la..

    ReplyDelete
  4. uie sa copy pase arr.. heheh

    ReplyDelete